fbpx

Aliff Aziz ‘tangkap’ Bella Astillah curang pada 13 Oktober 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIFF membuat pendedahan isterinya curang itu dalam satu temu bual bersama TheCommonFolks SG.

PETALING JAYA – Selepas menyepikan diri sekian lama, pelakon sensasi Aliff Aziz membuat pendedahan mula menyedari isterinya, Bella Astillah berlaku curang pada Oktober tahun lalu.

Mengakui terkejut, Aliff, 33, berkata, perkara itu mula terbongkar apabila dia melihat perbualan isterinya dengan pelakon dipercayai Muaz Zabir dalam telefon bimbit.

“Semuanya bermula pada 13 November 2023 yang jatuh pada hari Ahad. Pada keesokan harinya, saya juara mingguan di All Star Gegar Vaganza sewaktu membawakan lagu Cik Mek Molek.

“Sebelum itu, saya sedar akan perubahan isteri seperti kurang masa di rumah kerana sibuk menjalani penggambaran. Tiba-tiba saya rasa mahu memeriksa telefon dia ketika dia sedang tidur.

“Apabila saya buka ‘archive massege’ (mesej arkib), saya rasa hilang. Terus saya telefon kedua ibu bapa saya kerana tidak tahu apa perlu lakukan,” katanya menerusi sebuah podcast.

Selepas mengetahui perbuatan isteri, pelantun lagu Sayang Sayang itu cuba untuk berhadapan dengan isteri untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka dengan cara baik.

“Saya maafkan awak (Bella), kalau awak nak ada perubahan dalam perkahwinan. Saya anggap ini sebagai satu kifarah.

“Mungkin Tuhan nak kejut saya. Ini yang isteri saya rasa apabila saya lakukan hal sama dahulu (curang).

“Saya tidak marah dan maafkan dia, cuma saya mahu lihat dia tengok perkahwinan ini ke arah lebih baik,” ujarnya lagi.

Tidak berputus asa untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina sejak 2016, Aliff cuba memberikan yang terbaik semata-mata untuk memenangi hati isteri tetapi Bella tetap dengan pendirian bahawa sudah tawar hati dengan hubungan terbabit.

“Saya cuba layan isteri macam seorang permaisuri, belikan bunga, coklat dan ikut semua hobi dia. Dengan harapan dia dapat lihat perubahan.

“Cuma sebagai manusia, saya tidak boleh jangka semuanya mengikut kehendak sendiri.

“Ketika itu, Bella beritahu sudah tawar hati dan semua yang saya lakukan agak terlambat. Banyak pergaduhan kecil antara kami,” katanya lagi.

Terdahulu, konflik rumah tangganya dengan Bella semakin meruncing selepas dia ditangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Kemelut hubungan dengan isterinya bertambah tegang selepas muncul seorang individu bernama Sarah Yasmine yang memperincikan satu per satu bukti diperoleh dalam telefon Aliff.

Sejak minggu lalu, wanita berusia 24 tahun itu menyelak rahsia Aliff dan Ruhainies termasuk dakwaan kedua-dua mereka bercinta serta aktres tersebut dikatakan menggunakan lelaki terbabit untuk menjatuhkan Bella. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI