fbpx

[VIDEO] Menyalak macam anjing – Anak ‘Mak Cik Kemboja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan anak mak cik kemboja tampil membela ibunya.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang mendakwa anak kepada ‘makcik Kemboja’ tampil membela ibunya daripada kritikan masyarakat ekoran kenyataan Melayu malas dibuat wanita berkenaan.

Lelaki itu dalam satu hantaran berdurasi 29 saat di media sosial dipercayai mencabar bekas pekerja wanita berketurunan Kemboja bersemuka dengannya di kilang milik ibunya di Skudai di sini.

“Anak makcik Kemboja kat sini. Aku cabar kau, kau ‘face’ (bersemuka) dengan aku kat kilang ni, yang kau hina tu mak aku tahu.

“Kalau setakat menyalak macam anjing, gong gong gong gong gong, ha ni anak makcik Kemboja kat sini, aku dah tak takut kat kau, aku memang tak pernah takut pun kat kau,” kata lelaki terbabit.

Dalam video berasingan, lelaki yang mendakwa bekas pekerja syarikat Mariyah Holding Sdn. Bhd. tampil membuat kenyataan balas.

“Eh, kau tengok ke video aku, memang la aku menyalak macam anjing sebab mak engkau, mak engkau tu kan cakap bangsa Melayu tu pemalas, aku tengah malas ni.

“Ini adalah sikit kebun pisang, aku tanam suka-suka ja, aku bangsa pemalas, eh aku nak cerita sikit dekat kau sikit eh, ya aku kerja dengan emak kau tak sampai setahun lebih, aku ex staff (bekas pekerja) mak kau.

“Tapi ex staff mak kau yang tolong mak engkau dapatkan hampir 2 juta dekat dalam TikTok sahaja, aku yang buat, mak engkau yang cakap, inilah orang Melayu malas yang mak kau cakap, adalah buat kerja sikit-sikit buat bisnes,”katanya.

Lelaki yang dikenali sebagai Shoib juga mendakwa pernah membantu syarikat wanita itu ketika berdepan dengan masalah hendak bankrap.

“Masa mak kau nak jatuh miskin, mak kau nak bankrap, inilah orangnya yang tolong buat dekat dalam TikTok, inilah orangnya,”katanya.

Sementara itu, sebanyak 14 laporan telah dibuat terhadap wanita terbabit oleh beberapa pihak yang tidak puas hati berkaitan kenyataannya mengatakan orang Melayu sebagai pemalas.-KOSMO! ONLINE

@syokibqq Replying to @Man Yang kadang kadang dengan orang hanyut ni kena jelaskan . #fyp #fypシ #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #makcikkemboja ♬ original sound – SYOKIBQ

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI