fbpx

Semua mangsa banjir pulang, PPS terakhir ditutup di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PPS Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu di Kerian ditutup pada pukul 2 petang tadi. - Foto JBPN PERAK

IPOH – Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu di Kerian ditutup pada pukul 2 petang tadi, menjadikan tiada lagi PPS beroperasi di negeri ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, setakat pukul 12 tengah hari tadi, masih terdapat 14 buah keluarga melibatkan 39 orang mangsa yang berlindung di PPS berkenaan.

Bagaimanapun, semua mangsa telah pulang dibenarkan pulang sehingga pukul 2 petang tadi, sekali gus menandakan penutupan operasi PPS terakhir yang beroperasi di Perak.

Semalam, PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak turut ditutup pada pukul 2 petang selepas kesemua mangsa banjir dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Dalam pada itu, JPBN turut melaporkan, tiada amaran ribut petir dikeluarkan Jabatan Meteorologi di negeri ini pada petang ini. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI