fbpx

Remaja lelaki lemas mandi di tali air 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat Mohamad Jomil yang mati lemas di tali air di Kampung Sena Rendang, Marang hari ini.

MARANG – Seorang remaja lelaki warga Rohingya lemas ketika mandi di sebatang tali air di Kampung Sena Rendang di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 6.06 petang itu, mangsa, Mohamad Jomil Hairul Amin, 15, yang menetap di Kampung Kubang Panjang, Kuala Terengganu itu dikatakan mandi di tali air berkenaan bersama dua rakannya.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintenden Mohd. Razman Setapa, berkata mayat remaja lelaki tersebut ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 7.45 malam.

Beliau berkata, mayat Mohamad Jomil ditemui dalam kedalaman kira-kira tiga meter di dasar tali air pada jarak 20 meter dari lokasi dia kali terakhir dia dilihat.

“Mangsa dikatakan mandi di tali air tersebut bersama dua rakannya. Dia dipercayai lemas ekoran keadaan tali air itu terlalu dalam.

“Begitupun kes ini tidak diklasifikasi sebagai korban banjir walaupun berlaku dalam musim banjir kerana kawasan ini bukan kawasan banjir,” katanya ketika ditemui di lokasi di sini hari ini.

Mohd. Razman berkata, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada 37 anggota polis dan bomba.

Beliau berkata, mayat Mohamad Jomil telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI