fbpx

Pengurus syarikat rugi lebih RM500,000 angkara pelaburan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang pengurus syarikat swasta mengalami kerugian RM598,680 selepas diperdaya menyertai pelaburan tidak wujud dalam talian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah menerima satu laporan daripada lelaki berusia 39 tahun, semalam.

“Pada awalnya, mangsa mendakwa telah berkenalan dengan seorang perempuan warga tempatan dalam urusan pelaburan saham dalam talian.

“Kemudian suspek mengajak mangsa menyertai pelaburan dari sebuah syarikat yang menjanjikan pulangan lumayan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohamad Fakhrudin, mangsa yang tertarik dengan pelaburan tersebut telah membuat pembayaran sebanyak RM598,680 yang dimasukkan ke dalam beberapa akaun bank bermula 11 November hingga 14 November lalu.

“Bagaimanapun, mangsa kemudian tidak mendapat pulangan seperti yang dijanjikan, namun suspek memberi alasan wang telah dilarikan oleh rakannya dan keseluruhan aset telah ditahan oleh pihak polis,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI