fbpx

LAP terima Anugerah Zakat Kebangsaan 2023 kategori GLC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAP menerima anugerah tersebut dalam satu majlis di Hotel Zenith, Putrajaya hari ini. - Foto IHSAN MAIPK

IPOH – Lembaga Air Perak (LAP) menerima Anugerah Zakat Kebangsaan 2023 bagi kategori Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Peringkat Kebangsaan bagi Tahun 2023 di Majlis Anugerah Zakat Kebangsaan 2023 di Putrajaya hari ini.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Datuk Selamat Paigo kepada Pengurus Besar LAP, Datuk Ishak Abd. Rahman dan Pengurus Besar Bahagian Pemasaran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Suhaimi Yusoff.

MAIPk dalam satu kenyataan berkata, LAP merupakan pembayar zakat tertinggi bagi kategori syarikat di Perak dan secara konsisten telah membayar zakat selama 16 tahun sejak 2007 dengan rekod jumlah bayaran terkumpul sebanyak RM86,457,140.14.

“Selain membuat pembayaran zakat sepenuhnya kepada MAIPk, LAP turut melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyalurkan bantuan pendidikan kepada kakitangan LAP dan anak yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

“LAP turut memberikan sumbangan program Back To School dan Program Tuisyen kepada rakyat negeri Perak dalam golongan B40 yang turut menjadi kriteria utama untuk dipilih menerima anugerah berkenaan,” katanya hari ini.

Anugerah Zakat Kebangsaan 2023 dianjurkan oleh JAWHAR turut mempertandingkan Anugerah Kategori Akademik, Usahawan Asnaf, Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat Awam Berhad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI