fbpx

Denda lebih RM600 jika tinggal anak dalam kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMANDU yang meninggalkan anak dalam kereta akan dikenakan denda sehingga RM623.24 di Arab Saudi. - Foto AFP

RIYADH – Direktorat Trafik Arab Saudi memberi amaran kepada semua pemandu di negara itu supaya tidak meninggalkan kanak-kanak tanpa pengawasan di dalam kenderaan, lapor laman berita Gulf News semalam.

Mengikut undang-undang Arab Saudi, meninggalkan kanak-kanak bawah umur 10 tahun di dalam kenderaan dianggap sebagai pelanggaran lalu lintas dengan denda dikenakan adalah antara 300 riyal (RM373.95) hingga 500 riyal (RM623.24).

Arahan itu dilakukan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak semasa dalam perjalanan.

Pemandu-pemandu kenderaan juga dinasihatkan untuk menggunakan tempat duduk keselamatan kanak-kanak bagi meningkatkan keselamatan dalam kenderaan. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI