fbpx

Banjir Terengganu: 34 sekolah Terengganu ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang guru mengutip peralatan pembelajaran yang terendam dalam banjir di SK Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu kelmarin.

KUALA TERENGGANU – Bilangan sekolah yang terpaksa ditutup sementara berikutan banjir melanda di Terengganu sejak Isnin lalu telah meningkat kepada 34 buah hari ini berbanding 22 buah semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT)(Sektor Pengurusan Sekolah), Azman Othman @ Abdullah berkata, setakat ini, sembilan sekolah ditutup ekoran dinaiki banjir manakala 25 sekolah pula dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).

Beliau berkata, kesemua sekolah terlibat di enam daerah di negeri ini tersebut telah disyorkan memohon cuti bencana.

“Empat sekolah yang masih ditutup di bandar raya ini kerana dinaiki air ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malik, SK Kampung Bukit Chendering dan SK Tok Dir.

“Selain itu, ia turut melibatkan SMK Padang Kemunting, SK Padang Kemunting, SMK Kompleks Mengabang Telipot dan Sekolah Sukan Malaysia, Kuala Nerus serta SK Kampung Besut, Setiu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Azman berkata, lima sekolah di bandar raya ini yang dijadikan PPS pula ialah SK Chendering, SK Atas Tol, SK Pasir Panjang, SK Sungai Rengas Bekah dan SK Gong Tok Nasek.

Tambah beliau, SK Gong Badak, SK Tok Jiring, SK Padang Air, SK Kompleks Gong Badak, SK Seberang Takir, SK Bukit Tunggal, SK Bukit Nanas, SK Teluk Ketapang dan SK Tol Jembal yang terletak di Kuala Nerus juga dijadikan PPS.

“Sekolah yang ditutup kerana dijadikan PPS di Marang pula ialah SK Bukit Gasing, SK Rusila, SK Marang, SK Simpang Rawai, SMK Merchang, SMK Seberang Marang dan SMK Seri Payong.

“Selain itu, SK Kuala Besut, SK Kampung Nail dan SK Kampung Baharu, Besut serta SK Tok Kah, Dungun turut dijadikan PPS,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI