fbpx
Gambar hiasan.

Kiriman RM28.5 bilion bukti Malaysia lubuk rezeki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kebergantu­ngan banyak sektor ekonomi kepada tenaga kerja asing telah membuka peluang kepada kumpulan berkenaan mencari rezeki di negara ini untuk satu tempoh yang panjang.

Selain itu, banyak syarikat turut berminat menggajikan pekerja asing kerana kesanggupan mereka melakukan kerja-kerja berkemahiran dengan upah yang rendah.

Situasi tersebut bagaimanapun telah menyumbang kepada aliran keluar tunai yang tinggi apabila golongan pekerja asing ini menghantar wang gaji mereka ke negara asal.

Jika dihitung dengan mengambil kira gaji minimum RM1,500 dan jumlah pekerja asing di negara yang sudah mencecah 2.7 juta orang, aliran keluar wang tunai ke luar boleh mencecah RM2.7 bilion sebulan sekiranya setiap seorang mengirim RM1,000.

Pakar Ekonomi, Mohammad Noorizzuddin Nooh berkata, jumlah tersebut bukanlah satu nilai yang kecil, kerana dalam setahun wang negara yang dikirim ke negara asing boleh mencecah sekitar RM20 bilion hingga RM40 bilion.

Katanya, pekerja asing sering menghantar sekurang-kurang­nya separuh daripada pendapatan mereka ke negara asal sebagai wang kiriman.

“Walaupun ini memberi manfaat kepada keluarga pekerja dan ekonomi asal mereka, ia menyebabkan aliran wang yang besar keluar dari ekonomi Malaysia.

“Aliran wang kiriman mengurangkan penggunaan dan pelaburan domestik, yang boleh memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan keseluruhan negara,” kata­nya kepada Kosmo!.

Tambah beliau, kebergantungan Malaysia secara berlebihan kepada pekerja asing boleh mencipta ketergantungan terhadap tenaga kerja asing dalam beberapa sektor.

Jelasnya, jika terdapat ke­tergantungan yang berlebihan pada pekerja asing, ia boleh menghalang pembangunan tenaga kerja tempatan yang terlatih dan membatasi peluang pekerja tempatan untuk memperoleh pengalaman dan kemajuan kerjaya.

“Ketergantungan ini juga boleh menjadikan ekonomi rentan terhadap faktor luar, seperti perubahan dalam dasar imigresen atau keadaan ekonomi di negara asal pekerja,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN