fbpx

Hujan lebat, ribut petir landa KL, Johor malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi sembilan negeri berkuat kuasa sehingga 9 malam ini.

Amaran dikeluarkan susulan jangkaan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang melanda beberapa kawasan sekitar negeri terbabit.

Menerusi laporan cuaca MetMalaysia di Facebook, cuaca buruk pada petang ini lebih tertumpu di Bentong, Pahang serta seluruh negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

Sementara itu, di Johor melibatkan Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

“Bagi negeri Sarawak pula, hujan lebat serta ribut petir dilihat berpotensi melanda daerah Limbang (Lawas), manakala di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau),” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI