fbpx

[VIDEO] Konflik Palestin-Israel: Menggigil tunggu rakan tertimbus bawah runtuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang pemuda menangis menunggu orang ramai membantu mencari rakannya yang tertimbus di bawah runtuhan.

PETALING JAYA – Seorang pemuda menangis sambil badannya menggigil ketakutan sewaktu menunggu orang ramai membantu mencari rakan baiknya yang tertimbus di bawah runtuhan di Gaza.

Menerusi perkongsian di Instagram Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman hari ini, kelihatan pemuda tersebut berusaha menghubungi rakannya itu beberapa kali namun panggilannya gagal disambung.

Difahamkan, rumah rakannya itu telah dibom oleh tentera Israel sehingga menyebabkan beberapa individu lain turut terperangkap di bawah runtuhan.

Terdahulu, media tempatan melaporkan angka kematian rakyat Palestin setakat hari ke-45 ini sudah mencecah 13,000 orang, termasuk lebih 5,500 kanak-kanak dan 3,500 wanita.

Menurut kenyataan pejabat media wilayah itu, jumlah kecederaan pula melebihi 30,000 orang dengan lebih 75 peratus daripada mereka kanak-kanak dan wanita. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadir Al-Nuri (@nadiralnuri)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI