fbpx

Tujuh scammer warga Jepun menyamar pegawai bank dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli ketika sidang akhbar di Menara KPJ, Kuala Lumpur hari ini. Foto MOHD. FIRDAUS JOHARI/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Seramai tujuh lelaki warganegara Jepun yang menjalankan kegiatan phone scam yang menyasarkan mangsa dalam kalangan warga Jepun dicekup polis baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, tangkapan itu dibuat susulan laporan polis yang diterima daripada pihak Kedutaan Jepun pada 13 November lalu.

“Laporan polis diterima berkenaan aduan seorang warga Jepun yang ditipu untuk bekerja sebagai scammer di Malaysia.

“Bertindak daripada maklumat tersebut, pada tarikh sama, JSJK telah membuat serbuan di sebuah unit kediaman di Kuala Lumpur dan memberkas tujuh lelaki berusia dalam lingkungan 23 hingga 41 tahun,” katanya ketika sidang akhbar di Menara KPJ, Kuala Lumpur hari ini.

Ramli berkata, hasil siasatan mendapati sindiket berkenaan menggunakan aplikasi Skype untuk menghubungi mangsanya.

“Modus operandi yang digunakan adalah sama seperti sindiket phone scam yang lain iaitu dengan menyamar sebagai pegawai bank dan memaklumkan kepada mangsa bahawa akaun bank mereka mengalami masalah.

“Untuk menyelesaikan masalah tersebut, mangsa akan diminta membuat sejumlah bayaran ke akaun bank yang diberikan,” jelasnya.

Katanya permohonan reman pertama terhadap semua suspek dibenarkan selama empat hari sehingga 16 November dan permohonan reman kedua dibenarkan selama tiga hari sehingga 19 November.

“Terkini, semua suspek sedang direman di bawah Akta Imigresen 1959. Polis juga merampas 11 telefon bimbit, satu modem, satu plastik hitam mengandungi beberapa barangan elektronik tidak sempurna, satu batang tukul besi dan satu rangkai anak kunci,” ujarnya.

Ramli berkata, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 120B, Seksyen 420 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI