fbpx

Mayat mangsa jatuh sungai ditemui terapung berhampiran jeti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Jeti Jorak semalam ditemui terapung pagi ini di Jeti Rahman, Muar.

MUAR – Seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam sungai berhampiran jeti Jorak dan Belamang di Kampung Olak Bukit Pasir di sini petang semalam telah ditemui pagi ini.

Menurut Ketua Balai Bomba Muar, Timbalan Penguasa Bomba II Shahrizal Mokhtar, mayat mangsa ditemui pada pukul 7.37 pagi hari ini.

“Mayat mangsa ditemui terapung oleh anggota bomba pagi ini berdekatan dengan Jeti Rahman.

“Jarak antara tempat mangsa terjatuh di Jeti Jorak kira-kira empay kilometer dari lokasi mangsa dipercayai jatuh menghala ke muara sungai. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Shahrizal, orang ramai dinasihatkan mengambil langkah keselamatan dan mengurangkan aktiviti berhampiran sungai dan laut menjelang musim tengkujuh ini.

“Elakkan melakukan aktiviti di perairan terbuka buat masa ini jika tidak perlu memandangkan musim monsun semakin menghampiri. Ini kerana paras air sungai dan laut naik mendadak dan boleh mengancam nyawa orang ramai,” kongsinya.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan mangsa yang telah terjatuh ke dalam sungai berkenaan ketika melakukan aktiviti di sungai bersama seorang rakan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa semalam ditangguhkan di malam hari akibat keadaan air pasang yang membahayakan keselamatan anggota untuk beroperasi membuat pencarian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI