fbpx

Cobra U13 tunjuk taring, juarai kategori Plate bawah 14 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan ragbi Cobra U13 bergambar bersama jurulatih-jurulatih pasukan selepas menjuarai SJI Mini Karnival Ragbi 10s 2023 kategori Plate, bagi kategori bawah 14 tahun, hari ini. Foto COBRA U13

KUALA LUMPUR – Bermain di bawah kategori 14 tahun tidak menghalang pasukan ragbi Cobra U13 muncul juara kategori Plate, dalam kejohanan dua hari SJI Mini Karnival Ragbi 10’s 2023, hari ini.

Langkah berani pasukan yang dibarisi oleh pemain-pemain berumur 13 itu membuahkan hasil apabila mencatatkan keputusan cemerlang 10-0 pada perlawanan akhir menentang pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Bintang Selatan (SBS), di padang ragbi St John’s Institution, Jalan Bukit Nenas, Kuala Lumpur.

Pada perlawanan pertama di hari kedua kejohanan, Cobra U13 telah bertemu dengan pasukan Sekolah Menengah Sains Alam Shah (Asis) dalam perlawanan separuh akhir Cup/Plate.

Tewas bermaruah, keputusan tersebut melayakkkan Cobra U13 untuk beraksi dalam perlawanan akhir kategori Plate.

Perlawanan akhir ini menemukan semula Cobra U13 dengan pasukan SBS yang ditewaskan dengan keputusan 5-0 pada peringkat kumpulan.

Cobra U13 berjaya memperoleh semula rentak kemenangan pada masa yang tepat apabila melenyapkan cabaran SBS, sekali gus muncul sebagai pasukan ketiga terbaik dalam kejohanan berkenaan yang turut disertai oleh lapan pasukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI