fbpx
GAMBAR fail Ibu bapa mangsa buli selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Kuala Lumpur pada 14 November lalu.

Mangsa buli suka menyendiri, tak ceria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ibu kepada remaja lelaki berusia 16 tahun yang dipercayai menjadi mangsa buli di sebuah sekolah berasrama penuh di Perak pada 24 September lalu mendedahkan anaknya lebih suka menyendiri selain tidak ceria seperti sebelum kejadian malang berkenaan.

Menurut ibu kepada tiga anak itu, beberapa perubahan ketara dilihat berlaku kepada remaja berkenaan sebelum dihantar kembali ke sekolah berkenaan.

“Dia kurang makan, tidak ceria seperti dahulu, saya risau tetapi Alhamdulillah setakat ini masih terkawal. Tak sangka perubahan yang berlaku agar ketara,” kata­nya di sini semalam.

Malah kata wanita berkenaan, perubahan itu terus menghantui anaknya apabila remaja berkenaan juga lebih suka menyendiri biarpun berada dalam kala­ngan rakan-rakan di sekolah ber­asrama tersebut.

“Selasa malam lalu saya telah hantar dia ke sekolah semula, setakat ini dia memaklumkan ada perasaan janggal dengan persekitarannya dan dia beritahu lebih selesa bersendiri dan menga­singkan diri.

“Kita dengar terus rasa risau, tapi dia maklumkan hubungannya dengan kawan-kawan lama dan orang di sekolah semuanya baik-baik sahaja.

“Sebagai ibu, kita takut kalau anak pendam perasaan, dari sudut lain kita tetap percaya dia mampu teruskan perjuangan menuntut ilmu di sana,” ujarnya.

Berita berkaitan: Buli MCKK: Pembuli anak saya hanya dikenakan rotan, kerja amal

Katanya, dalam tempoh empat tahun mendapat pendidikan di sana, ini perubahan paling ke­tara dilihat pada anaknya.

Mengenai dakwaan anaknya, wanita itu memberitahu, anak­nya terkilan dengan dakwaan yang tersebar luas, namun memilih untuk mendiamkan diri dan yakin perkara sebenar akan jelas kelak.

Terdahulu, tular kejadian buli didedahkan keluarga mangsa menerusi media sosial selepas re­maja yang berusia 16 tahun di­dakwa dibuli pelajar senior sehingga menerima rawatan di hospital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN