fbpx

Atikah Suhaime makan, netizen pula yang kenyang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Video ‘mukbang’ Atikah berjaya menarik perhatian netizen.

JIKA anda mengikuti Atikah Suhaime dalam TikTok, pasti tidak pernah terlepas menonton video ‘mukbang’ (rancangan makan-makan) yang sering dikongsinya.

Boleh dikatakan hampir 90 peratus video yang dikongsi adalah memaparkan gelagatnya sedang makan pelbagai jenis makanan, tidak kiralah di restoran mahupun di rumah.

Kebanyakan yang menonton videonya pasti memuji gelagat Atikah menikmati setiap hidangan kerana mampu membuatkan orang lapar.

“Paling suka tengok dia makan makanan Jepun, semua menu nampak menyelerakan.

“Nak makan di restoran mahal seperti Atikah tidak mampu tetapi kita yang melihatnya rasa kenyang,” komen pengguna TikTok.

Dalam masa sama, ada juga yang memuji kerana Atikah turut menyelitkan menu diet seperti salad dan makanan kurang kalori.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI