fbpx

Abang ‘sabit’ adik hingga mati lepas bertengkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FU KUI FATT (kiri) disahkan meninggal dunia akibat pendarahan yang banyak selepas dicederakan abangnya akibat perselisihan faham pagi semalam.

KLUANG – Berpunca daripada pertengkaran sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati, seorang lelaki bertindak melibas adiknya dengan sabit dalam kejadian di Taman Kluang Barat dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 3.30 pagi melibatkan mangsa, Fu Kui Fatt, 42, dan abangnya berusia 44 tahun.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku di rumah Kui Fatt dan berpunca daripada perselisihan faham antara dua beradik itu.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku mencederakan Kui Fatt menggunakan sabit dalam pergaduhan itu sebelum dikejarkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) menggunakan ambulan.

“Bagaimanapun, kira-kira pukul 2.30 petang semalam, mangsa disahkan meninggal dunia akibat pendarahan yang banyak,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin lagi, suspek ditahan polis kira-kira pukul 2.30 petang semalam dan direman enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI