fbpx

Nazir Razak selamat bernikah kali kedua dengan ahli perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Nazir dan Yati yang dikongsi Norashman di InstaStorynya hari ini.

PETALING JAYA – Adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, Tan Sri Mohamed Nazir dilaporkan telah sah menjadi suami kepada pilihan hatinya, Yati Zainuddin hari ini.

Perkara itu dikongsikan anak bongsu Najib, Norashman menerusi InstaStory miliknya.

Gambar tular itu memperlihatkan Mohamed Nazir mengenakan busana pengantin serba putih sambil menyarung cincin ke jari manis Yati.

“Congrats Uncle Jay @nazir.razak,” tulis Norashman.

Difahamkan, isterinya itu merupakan seorang ahli perniagaan dan pengasas bersama kosmetik, Bluemolly.

Terdahulu, Mohamed Nazir pernah mendirikan rumah tangga dengan Puan Sri Azlina Aziz dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Bagaimanapun, pasangan itu dilaporkan bercerai pada tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI