fbpx

KPKM dan 3 kementerian bincang wujud gred tunggal beras putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Sabu ketika hadir merasmikan Mesyuarat Tahunan Amanah Kawasan Kepala Batas, malam tadi.

SEBERANG PERAI – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan berbincang dengan sekurang-kurangnya tiga lagi kementerian sebelum memuktamadkan cadangan yang dibuat Gabungan Pengilang Beras Malaysia bagi mewujudkan satu gred tunggal sahaja untuk beras putih.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, tiga kementerian itu adalah Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Mohamad berkata, antara yang akan dibincangkan dalam pertemuan itu termasuk isu semasa berkaitan padi serta cadangan untuk menyelaraskan tanaman komoditi itu pada masa akan datang.

“Itu baru cadangan dan memang kita boleh terima atau tolak. Apapun, kita akan bincang dahulu (sebelum membuat keputusan terbaik).

“Dalam hal ini, kita berusaha untuk menyelesaikan masalah beras (dan padi) dan berharap ia juga akan pulih sepenuhnya, sama seperti isu ayam serta isu telur ayam,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Parti Amanah Negara (Amanah) bagi Kawasan Kepala Batas di Penaga, Kepala Batas di sini, malam tadi.

Pengerusi Gabungan Pengilang Beras Malaysia, Marzukhi Othman sebelum ini mencadangkan supaya Seksyen Badan Kawalselia Padi dan Beras di bawah KPKM mewujudkan hanya satu gred tunggal untuk beras putih.

Dengan adanya gred tunggal itu katanya, beras putih itu juga tidak perlu lagi dilabelkannya sebagai Beras Putih Tempatan (BPT) dan Beras Putih Import atau BPI seperti dilakukan sebelum ini.

Dalam perkembangan berasingan, Mohamad memberitahu, kementeriannya kini sudah bersiap sedia untuk menghadapi musim Monsun Timur Laut yang dibimbangi boleh menjejaskan banyak tanaman.

Ketika ini katanya, belum ada lagi tanaman khususnya padi yang dilaporkan tenggalam atau rosak akibat banjir memandangkan Monsun Timur Laut itu masih lagi di peringkat permulaan. -KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI