fbpx

Jualan tempat duduk kereta sumbang prestasi kukuh kewangan Pecca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foo Ken Nee (dua dari kanan) pada mesyuarat agung tahunan Pecca di Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA –  Pecca Group Berhad (Pecca), pengeluar upholsteri automotif, mencatat prestasi keputusan kewangan yang luar biasa pada suku pertama untuk tempoh kewangan yang berakhir pada 30 September 2023 disumbang oleh peningkatan jualan sarung tempat duduk kereta.

Faktor kecekapan operasi yang lebih baik turut menyumbang kepada peningkatan 56 peratus dalam keuntungan bersih Kumpulan.

Pecca juga mencatatkan rekod keuntungan bersih suku tahunan sebanyak RM13.01 juta pada suku pertama fiskal 2024, berbanding RM8.35 juta dalam tempoh yang sama sebelumnya. 

Pendapatan meningkat 17 peratus tahun ke tahun kepada RM64.05 juta, daripada RM54.86 juta tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif, Foo Ken Nee berkata, pada suku pertama TK2024, pendapatan Kumpulan didorong oleh permintaan untuk upholsteri kulit dan jahitan sarung kerusi fabrik kereta. 

Subsegmen ini masing-masing menyumbang kira-kira 90 peratus  dan lima peratus daripada jumlah pendapatan keseluruhan Kumpulan. 

Segmen Pengeluar Peralatan Asli (OEM) sarung tempat duduk kereta menyumbang kira-kira 88 peratus  daripada pendapatan keseluruhan sarung tempat duduk kereta, sementara segmen pengeluar alat ganti

(REM) dan Pemeriksaan Pra Penghantaran (PDI) masing-masing menyumbang kira-kira  tiga peratus dan sembilan peratus.

“Keuntungan Pecca bertambah baik disebabkan oleh pengurangan kos operasi, kerana kemudahan pengeluaran Kumpulan memperoleh manfaat daripada skala ekonomi yang lebih baik.

“Kami sangat berbesar hati untuk memulakan TK2024 dengan satu lagi keputusan kewangan yang kukuh dan ingin menegaskan komitmen kami untuk mencapai pertumbuhan perniagaan yang mampan. 

“Ini merupakan suku kelima berturut-turut di mana Kumpulan telah mencatatkan rekod keuntungan bersih yang baru.

“Ketika kami sibuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk upholsteri automotif berkualiti tinggi, tumpuan kami pada kecekapan operasi telah membolehkan kami meraih ganjaran daripada skala ekonomi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam. 

Tambah beliau, Kumpulan kini sedang gigih berusaha untuk memperluaskan pangkalan pelanggan tempatan dan luar negara dalam segmen REM serta menembusi pasaran baru di Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Singapura, dan Eropah. 

“Tahun ini, kami telah bertemu dengan pelanggan REM sedia ada dan berpotensi dari seluruh dunia. Kami juga mengambil bahagian dalam Pameran SEMA, salah satu pameran automotif terbesar di Amerika Syarikat,” ujarnya.

Ken Nee berkata, pada TK2024, Kumpulan akan meneruskan usaha untuk mempelbagaikan pasaran baharu dan mengubah Kumpulan menjadi ekosistem pertumbuhan berbilang enjin. 

“Kedudukan tunai kami yang kukuh, peningkatan kepada RM112.60 juta pada S1 TK2024, akan memberi kami kuasa untuk memangkin pertumbuhan kami,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI