fbpx

Dua maut nahas empat kenderaan di Sepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Salak-Sepang. FOTO-IHSAN POLIS

SEPANG – Dua maut dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Jalan Salak-Sepang di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, seorang penunggang motosikal dan seorang pemandu pacuan empat roda maut serta merta di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda disyaki hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

Beliau berkata, kenderaan itu kemudian terbabas memasuki Klinik Kesihatan Salak dan melanggar dua buah motosikal.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI