fbpx

[VIDEO] Budak lelaki melecur badan terjatuh dalam bilik janakuasa elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang melecur akibat terjatuh di dalam bilik janakuasa elektrik di Taman Sri Bayu, Bayan Lepas, petang semalam.

BALIK PULAU – Seorang budak lelaki terpaksa menahan kesakitan apabila seluruh badannya melecur terkena renjata elektrik ketika mahu mengambil bola yang masuk di dalam bilik janakuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB), Taman Sri Bayu, Bayan Lepas, petang tadi.

Mangsa berusia 12 tahun itu ditemui dalam keadaan mengerang kesakitan akibat kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.45 petang.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 4.55 petang dan operasi menyelamat membabitkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru dengan bantuan BBP Seri Balik Pulau.

Menurutnya, sebaik pasukan tiba di tempat didapati benar berlaku kejadian membabitkan seorang kanak-kanak lelaki yang mengalami kecederaan melecur akibat tersentuh perkakasan elektrik di dalam bilik janakuasa berkenaan.

“Mangsa telah dibawa ke hospital oleh pihak perubatan sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.

“Komander Operasi membuat ‘size up’ memastikan tiada lagi kemerbahayaan sebelum menyerahkan kepada pihak TNB untuk tindakan selanjutnya.Operasi terkawal dan ditamatkan pada pukul 5.43 petang tadi,” katanya di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal turut mengesahkan kejadian berlaku dan berkata, kanak-kanak tersebut dilaporkan terjatuh di dalam bilik janakuasa TNB ketika masuk untuk mengambil bola.

Kosmo! difahamkan, kanak-kanak lelaki tersebut sebelum itu sedang bermain futsal bersama rakannya sebelum menyedari bola tersebut terpelanting dan masuk di dalam bilik berkenaan yang terletak berdekatan gelanggang di situ

Mangsa dipercayai memanjat pagar yang berkunci sebelum terjatuh ke dalam bilik janakuasa terbabit. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI