fbpx

‘Tidak wujud broker politik untuk sokong Anwar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahari bercakap pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Parlimen Jeli di Jeli hari ini.

KOTA BHARU – Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan beliau diugut, disogok dan dipaksa untuk memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lalu.

Beliau turut menegaskan bahawa tidak wujud broker politik yang mendekatinya seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak sebelum ini.

Menurut Zahari, keputusan itu merupakan satu keperluan selepas beliau meletakkan kepentingan rakyat Jeli melebihi segala-galanya meskipun dikecam dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan daripada beberapa pihak.

“Tindakan mengalih sokongan kepada Perdana Menteri adalah atas kesedaran saya sendiri. Tiada langsung melibatkan sebarang unsur ugutan atau apa-apa sogokan untuk kepentingan peribadi. Tidak wujud broker politik seperti yang didakwa kerana saya tidak kenal mereka (broker politik).

“Sekiranya saya tidak membuat perkara ini (sokongan), rakyat di Jeli pasti akan ketinggalan dan menderita. Mereka berhak mendapat pembelaan dan peruntukan daripada kerajaan,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Parlimen Jeli di sini hari ini.

Katanya, setakat ini, beliau sudah meminta peguamnya untuk meneliti dan mengambil tindakan terhadap kenyataan yang disiarkan di media sosial terhadap dirinya.

Dalam pada itu, Zahari memberitahu, sehingga kini, beliau masih belum menerima sebarang surat daripada Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI