fbpx

Seludup RM5 juta rokok putih melalui jalan laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsol (depan) ketika sidang akhbar rampasan rokok seludup menerusi Ops Kontraban di Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/ KOSMO!

GEORGE TOWN – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu merampas rokok putih jenama Manchester tanpa cukai kastam dianggarkan bernilai lebih RM5 juta dalam serbuan di sebuah rumah teres di Jalan Choong Lye Hock di sini, minggu lalu.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, bagaimanapun, tiada tangkapan dijalankan berikutan pemilik premis atau individu di rumah berkenaan gagal ditemui.

“Pemerhatian selama 48 jam mendapati tidak ada orang yang hadir ke premis berkenaan.

“Seterusnya pada 14 November kira-kira pukul 6 petang, polis membuat pemeriksaan ke atas rumah tersebut dan berjaya merampas 490 kotak berisi 24,500 karton bersamaan 4,900,000 batang rokok putih jenis Manchester dengan anggaran bernilai RM5.12 juta termasuk cukai,” katanya dalam sidang akhbar di PPM Wilayah Satu di sini, hari ini.

Menurutnya, rokok-rokok berkenaan ditemui dalam kotak berbalut plastik dan dipercayai diseludup masuk dari negara jiran menerusi jalan laut.

“Polis mendapati kemasukan rokok-rokok seludup ini adalah melalui jalan laut dengan menggunakan vesel.

“Kemudian rokok-rokok seludup ini akan dialihkan dari vessel menggunakan ‘feeder bot’ untuk masuk ke perairan Malaysia sama ada menerusi perairan Pantai Timur atau Pantai Barat,” ujarnya.

Tambah beliau, pihak polis masih menyiasat pemilik premis berkenaan bagi membantu siasatan.

“Rumah tersebut dipercayai disewa oleh penyeludup untuk dijadikan tempat simpanan rokok seludup dan berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain untuk mengelak dari dikesan,” jelasnya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI