fbpx

Suspek rogol, bunuh ibu lima anak giat diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita mati dibunuh kejam dengan keadaan separuh bogel di kawasan semak sebuah kebun di Kampung Pisang, Lahad Datu semalam. - Foto IHSAN POLIS

LAHAD DATU – Polis Lahad Datu memaklumkan siasatan menyeluruh berkaitan kes samun, rogol dan bunuh babit seorang wanita di kawasan sebuah kebun pisang di Kampung Pisang semalam sedang giat di jalankan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata, usaha bagi mengesan suspek sebenar kes terbabit turut diperhebatkan ketika ini.

“Setakat ini, belum terdapat sebarang perkembangan baru.

“Siasatan menyeluruh dan usaha mengesan suspek sebenar sedang dijalankan.

“Oleh itu, kita meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kes ini supaya tampil membantu siasatan,” katanya hari ini.

Terdahulu, seorang wanita yang bekerja sebagai pembuat roti canai bukan sahaja disamun, malahan turut dirogol sebelum dibunuh dengan kejam di kawasan sebuah kebun pisang di Kampung Pisang semalam.

Dalam kejadian sekitar pukul 8.15 pagi itu, mayat mangsa berusia 36 tahun itu telah ditemui di dalam kawasan semak oleh ahli keluarga dalam keadaan separuh bogel. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI