fbpx

Beto Kusyairy jatuh motosikal sebab jalan licin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beto Kusyairy

TAPAH – Jalan licin dipercayai menjadi punca kemalangan empat buah motosikal termasuk yang ditunggang pelakon, Beto Kusyairy di Kilometer 439, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd. Naim Asnawi berkata, keadaan permukaan jalan yang licin itu disebabkan oleh cuaca hujan pada hari kejadian.

“Siasatan mendapati, kejadian pada pukul 5.30 petang itu membabitkan dua konvoi bermotosikal di mana lima orang penunggang motosikal jenis skuter Yamaha XMax yang dalam perjalanan dari Sepang ke Gurun manakala 60 buah motosikal berkuasa tinggi jenis Harley Davidson disertai beberapa artis tempatan pula dalam perjalanan dari Sungai Buloh ke Ipoh.

“Kemalangan itu menyebabkan dua buah motosikal Yamaha XMax dan dua buah motosikal Harley Davidson mengalami kerosakan.

“Kesemua penunggang motosikal yang cedera dihantar ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan di hospital mendapati, dua penunggang motosikal masing-masing berusia 43 tahun cedera ringan manakala seorang penunggang motosikal berusia 37 tahun pula parah.

Terdahulu, Beto, 43, dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan berhampiran Ladang Bikam, selepas motorsikal yang ditunggangnya terjatuh akibat bergesel dengan motosikal lain yang memasuki laluannya secara tiba-tiba.

Insiden itu dikongsi pengurus vokalis Wings Datuk Awie, Shahrul Nizan Ramli yang memaklumkan dua peserta konvoi, termasuk Beto kini dirawat di Hospital Tapah.

Difahamkan, konvoi seramai 60 peserta Solidariti Wings Motogang Society yang diketuai Awie itu bergerak dari Kuala Lumpur menuju Ipoh sekitar pukul 4 petang kelmarin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI