fbpx

PBT Terengganu diarah pantau semua tapak pembinaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tapak pembinaan restoran sebuah resort yang runtuh di Pulau Perhentian, Besut pada minggu lalu.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu mengarahkan semua tujuh pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu melakukan pemantauan lebih serius terhadap sebarang pembangunan tapak pembinaan di kawasan masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia bagi mengelakkan insiden runtuhan tapak pembinaan restoran sebuah resort di Pulau Perhentian, Besut yang mengorbankan dua nyawa dan mencederakan lima lain pada Khamis minggu lalu berulang semula.

Beliau berkata, Majlis Daerah Besut (MDB) yang merupakan PBT bertanggungjawab melakukan analisis terperinci berhubung insiden terbabit.

“Saya dimaklumkan kerja-kerja pembinaan (bangunan restoran) diteruskan secara haram walaupun tidak diluluskan MDB sebelum ini.

“Tindakan sewajarnya harus diambil (terhadap pemilik resort),”katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! 10 November lalu melaporkan dua buruh binaan maut manakala lima lagi cedera parah selepas tertimbus dalam runtuhan tapak pembinaan restoran setinggi tiga tingkat sebuah resort di Pulau Perhentian, Kuala Besut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI