fbpx

Festkon UniMAP perkukuh hubungan komuniti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli (tiga dari kanan) bersama Mohd. Mustafa Al Bakri (kanan) melawat gerai program keusahawan pelajar di kampus Alam UniMAP Pauh Putra, Arau semalam.

ARAU – Penganjuran Festival Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (Festkon UniMAP) 2023 ­akan menjadi medan terbaik dalam usaha memperkukuh hubungan antara universiti dan komuniti setempat.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Dr. Mohd. Mustafa Al Bakri Abdullah berkata, kesemua acara dan program yang dianjurkan sepanjang Festkon UniMAP 2023 menyasarkan golongan ­komuniti tempatan, kanak-kanak serta pelajar sekolah dan ­universiti.

“Penganjuran program seperti ini adalah salah satu usaha ­untuk memastikan hubungan baik dan memberi manfaat kepada ­universiti dan juga komuniti setempat.

“Selain itu, ia selaras dengan amanat Menteri Pendidikan Tinggi di mana setiap universiti harus menjadikan program bersama komuniti sebagai salah satu keutamaan,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, selain meningkatkan ikatan ukhuwah bersama komuniti setempat, Festkon UniMAP 2023 juga menjadi peluang kepada masyarakat luar untuk berkunjung ke universiti ber­kenaan dan merasai sendiri pe­ngalaman serta suasana Kampus Alam UniMAP Pauh Putra.

Katanya, penganjuran Festkon UniMAP 2023 kali ini adalah hasil usaha sepenuhnya sekretariat pelajar dan pihak pengurusan yang membantu dengan menyediakan khidmat nasihat kepada mereka.

”Pendedahan sebegini adalah peluang kepada para pelajar untuk menyerlahkan bakat serta kebolehan mereka menguruskan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan di kampus.

Pengalaman ini dilihat mampu membentuk sikap, watak serta kualiti kepimpinan mereka sehingga mereka memasuki alam kerjaya nanti.

‘’Penglibatan sebegini membolehkan pelajar berkomunikasi dengan pelbagai peringkat masyarakat sama ada dengan rakan mahasiswa sendiri, agensi dan syarikat bagi mendapatkan penajaan yang secara tidak langsung proses ini akan membuka ruang hubungan antara universiti dan mahasiswa dengan pihak-pihak luar,” jelasnya.

Sementara itu, menurut Pengarah Sekretariat Festkon UniMAP 2023, M. Kathiravan berkata, pelbagai acara menarik diadakan sepanjang tujuh hari festival berlangsung bermula pada 15 hingga 21 November bertempat di Dataran Boulevard, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra.

Katanya, antaranya adalah penganjuran pelbagai pertan­dingan dan sukan, pameran, promosi dan kempen, forum dan ceramah, bengkel dan pemindahan ilmu serta pembangunan bakat.

“Kehadiran artis jemputan dan selebriti tanah air seperti Sarah Suhairi, Floor 88, Hazeman Huzair, PU Haris, Imam Muda Najdi, Ustazah Isfadiah,
penceramah motivasi Jannah Sutikislan dan Fitri Haris akan menambahkan lagi kemeriahan festival.

”Kita juga turut menyediakan 40 gerai jualan dan lebih menarik adalah festival kali ini juga menyediakan lebih 12 reruai kopi tempatan khusus untuk penggemar kopi,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI