fbpx

Ferrari GTO 250 dijual RM244 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERETA Ferrari GTO 250 dipamerkan di ruang pameran Ferrari Gala di New York pada 17 Oktober lalu. – AFP

NEW YORK – Sebuah kereta sport Ferrari 250 GTO keluaran tahun 1962 dijual pada harga AS$51.7 juta (RM244 juta) di New York semalam, menjadikannya kereta kedua paling mahal pernah dijual menerusi lelongan, kata Sotheby’s.

Kereta genre roadster berwarna merah terang itu menjadi milik seorang pengumpul kenderaan sejak 38 tahun lalu, manakala harga jualannya hanya diatasi oleh lelongan Mercedes 300 SLR Uhlenhaut Coupe yang mencatatkan harga €135 juta (RM682.17 juta) dalam tahun 2022.

Kereta 250 GTO itu dijual petang semalam selepas perang bidaan selama beberapa minit di dewan lelongan.

Bagaimanapun harga jualannya adalah lebih murah daripada harga anggaran oleh Sotheby’s berjumlah AS$60 juta (RM283.17 juta).

Sotheby’s tidak mendedahkan pemenang bidaan tersebut. 

Kereta itu mempunyai kapasiti enjin empat liter yang menghamburkan 390 kuasa kuda dan pernah menduduki tempat kedua dalam perlumbaan 1,000 kilometer di litar Nurburgring, Jerman. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI