fbpx

Konflik Israel-Palestin: Polis Britain berkas 145 penunjuk perasaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS menangkap seorang lelaki dekat perhimpunan pro-Palestin tengah London, Sabtu lalu. - Foto AFP

LONDON – Tujuh lelaki didakwa atas pelbagai kesalahan termasuk mengganggu ketenteraman awam dan menghasut kebencian pada sambutan peringatan Hari Gencatan Senjata, lapor portal berita Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Polis Metropolitan berkata, seramai 145 orang telah ditangkap kelmarin dengan sebahagian besar mereka ialah penunjuk perasaan anti-Palestin. Sembilan anggota polis turut cedera.

Polis mengutuk keganasan yang dilakukan oleh penunjuk perasaan berhaluan kanan itu yang dikatakan merancang untuk berdepan dengan perarakan pro-Palestin.

Siasatan terhadap kesalahan lain termasuk jenayah kebencian anti-Yahudi masih diteruskan, kata polis.

Demonstrasi pro-Palestin itu menyaksikan kira-kira 300,000 orang berarak melalui London selain menyeru gencatan senjata diadakan di Gaza sekali gus perhimpunan terbesar di Britain  sejak perang antara Israel dan Hamas bermula pada 7 Oktober lalu.

Tujuh lelaki  berusia antara 23 hingga 75 tahun itu didakwa kerana melakukan pelbagai kesalahan termasuk memiliki senjata, mengganggu ketenteraman awam, memiliki dadah dan menyerang pekerja kecemasan.

Dua daripada mereka didakwa tinggal di London,  manakala yang lain datang dari seluruh Britain termasuk Norfolk, Flintshire, Kent, Manchester dan West Lothian.

Perdana Menteri UK, Rishi Sunak berkata, mereka yang terlibat dalam jenayah perlu berdepan  tindakan undang-undang. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI