fbpx

Dua lelaki tunggang motosikal kebas kabel internet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan wayar elektrik, internet dan telefon pada sebatang tiang di Thailand. - Foto The Pattaya News

BANGKOK – Dua lelaki mencuri kabel internet dan  mengakibatkan gangguan sambungan internet untuk sebuah rumah di Pattaya, lapor portal berita The Pattaya News hari ini.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Too berkongsi insiden  itu dengan berkata, dua lelaki warga Thailand berusia antara 30 hingga 40 tahun menyasarkan kediamannya di daerah kecil Nongprue, wilayah Chonburi.

Insiden berlaku awal pagi kelmarin  pada jam 3.35 pagi (waktu tempatan).

Kedua-dua pencuri itu yang tiba dengan menaiki sebuah motosikal memanjat dinding di sebelah rumah Too dan terus memotong kabel internet menyebabkan kehilangan sepenuhnya isyarat internet untuk kediamannya.

Mereka segera melarikan diri dan meninggalkan wayar bertaburan di atas tanah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI