fbpx

Monorel lewat beberapa saat, nyaris kena pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip ideo yang menunjukkan sebuah Monorel terlepas dari kejadian pokok tumbang petang tadi.

PETALING JAYA – Penumpang sebuah Monorel merupakan antara insan yang paling bertuah apabila terlepas beberapa saat dengan kejadian pokok tumbang di atas landasan berhampiran stesen Raja Chulan akibat cuaca buruk pada pukul 2.20 petang tadi.

Menerusi satu klip video yang tular di laman sosial TikTok malam ini, Monorel tersebut merupakan Monorel paling hampir dengan kawasan kejadian yang meragut seorang nyawa dan seorang lagi dilaporkan cedera.

Difahamkan Monorel terbabit diarahkan untuk kembali berundur ke Bukit Nenas.

Dalam kejadian yang turut melibatkan 17 kenderaan itu juga telah menyebabkan gangguan operasi laluan Monorel mengalami gangguan sehingga beberapa jam.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam satu kenyataan memaklumkan susulan itu, tiada perkhidmatan antara Stesen KL Sentral dan Stesen Medan Tuanku, dan pihaknya mengaktifkan perkhidmatan tren antara Titiwangsa dan Medan Tuanku (Platform 1) serta bas perantara pergi dan balik dari KL Sentral ke Medan Tuanku.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, seorang lelaki tempatan maut manakala seorang lagi cedera, selepas sebatang pokok tumbang menghempap 17 kenderaan dan landasan Monorel akibat hujan lebat serta angin kuat di Jalan Sultan Ismail. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI