fbpx

Bertuah dapat peluk Ariel!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Momen yang paling membuatkan penonton bersorak adalah apabila wanita tersebut meraih peluang memeluk Ariel Noah sebanyak dua kali di atas pentas. Foto oleh AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – Bagai mimpi jadi realiti!

Mungkin itu yang dapat menggambarkan perasaan seorang peminat wanita apabila dipeluk vokalis kumpulan Noah iaitu Ariel dihadapan lebih 5,000 penonton pada konsert Noah Menemaniku Kuala Lumpur yang berlangsung semalam.

Momen istimewa berlaku selepas wanita itu menjadi penonton bertuah dan berpeluang naik ke pentas sejurus menerima satu- satunya bunga mawar putih yang ditaburkan di seluruh Megastar Arena malam tadi.

Ariel kemudiannya menjemput wanita itu ke pentas sebelum mendendangkan sebuah lagu berjudul Ini Cinta dalam suasana romantis.

“Lagu ini sudah ditulis tetapi masih belum menjumpai wanita yang bertuah untuk saya nyanyikan untuknya,” kata pemilik nama penuh Nazril Irham itu.

Momen yang paling membuatkan penonton bersorak adalah wanita tersebut meraih peluang memeluk penyanyi tersebut sebanyak dua kali di atas pentas.

Selain berpelukan, mereka juga sempat berswafoto berdua.

Sementara itu, Noah malam tadi menghiburkan lebih 5,500 peminat setianya sebelum berehat panjang bermula awal tahun depan.

Pada konsert tersebut, Ariel menghiburkan penonton dengan 24 buah lagu popular milik mereka seperti Mungkin Nanti, Di Atas Normal, Di Balik Awan dan Yang Terdalam.

Selepas Kuala Lumpur, mereka akan menghiburkan peminat di Singapura pada 17 November depan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI