fbpx

Wanita batal kahwin gara-gara gurauan rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Ani tidak terurus akibat kemurungan dialaminya selepas kejadian itu. - Youtube/Sinau Hurip

JAKARTA – Kisah mengenai seorang gadis yang membatalkan perkahwinan akibat gurauan seorang rakan tular di media sosial Indonesia, lapor laman berita Suara.com.

Video menceritakan kisah wanita bernama Ani itu dimuat naik dalam akaun X @sosmedkeras. 

Dua hari sebelum berkahwin, Ani mengalami masalah ‘overthinking’ dan kemurungan teruk sehingga menjejaskan mentalnya disebabkan gurauan rakannya.

Ketika dia pulang ke rumah bersama bakal suaminya, mereka bertemu dengan seorang rakan. 

Rakan Ani membuat gurauan bahawa bakal suaminya pernah dilihat menaiki motosikal bersama wanita lain. Rupa-rupanya gurauan itu membuatkan Ani ‘overthinking’ dan membatalkan perkahwinannya. 

Gadis dari Kudus, Jawa Tengah itu dikatakan mengalami kemurungan teruk dan hilang kewarasan. Dia kini dalam keadaan daif dan dijaga oleh keluarganya.

Video itu menarik perhatian netizen di ruangan komen.

“Belajarlah untuk menjaga kata-kata anda, kita tidak tahu sejauh mana pengaruh kata-kata kita terhadap kehidupan orang lain,” komen seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI