fbpx

Kolam bertukar warna merah jambu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan Perlindungan Hidupan Liar Kebangsaan Kolam Kelia bertukar merah jambu. - @Traviskeahi_photo/Instagram

HONOLULU, HAWAII – Sebuah kolam di kawasan Maui, Hawaii kelihatan aneh selepas warna airnya berubah menjadi merah jambu, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Air Kolam Kealia itu bertukar merah jambu sejak 30 Oktober lalu selepas kandungan garamnya melonjak di tengah-tengah fenomena kemarau yang melampau.

Sampel air yang dihantar ke Universiti Hawaii menunjukkan bahawa halobakteria menyebabkan warna air kolam itu berubah, demikian menurut Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat (AS).

Halobakteria ialah organisma bersel tunggal yang hidup subur dalam air yang sangat masin seperti Great Salt Lake dan Laut Mati.

Kolam Kealia berada dalam kawasan dianggap sebagai kemarau melampau iaitu kedua terburuk pada skala Monitor Kemarau. 

Situasi itu mendorong kepekatan garam meningkat dan menjadi lokasi pembiakan halobakteria yang berwarna terang.

Kira-kira 90 peratus daripada daerah Maui mengalami kemarau yang teruk sejak kebakaran hutan yang melanda Lahaina pada Ogos lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI