fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 9 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di sembilan negeri sehingga pukul 11 pagi ini.

Ia melibatkan Kedah (Langkawi), Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), manakala Pahang (Tanah Tinggi Cameron).

“Seterusnya, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dijangka berlaku di Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Klang), Negeri Sembilan (Port Dickson), Melaka serta Johor (Tangkak dan Muar).

“Sarawak pula membabitkan Miri (Miri), manakala Sabah di Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas),” menurut MetMalaysia pada hantaran Facebook hari ini.

Dalam pada itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI