fbpx

Duit syiling khas sempena jubli emas Lembaga Pertubuhan Peladang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (dua kiri) menunjukkan syiling emas LPP50 sempena sambutan HPPNK 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru Raya, Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan lebih 6,000 keping duit syiling peringatan bersempena ulang tahun ke-50 Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

Ketua Pengarahnya, Datuk Azulita Salim berkata, duit syiling peringatan emas itu dikeluarkan dengan nilai RM10 yang akan dijual bermula bulan hadapan.

“Sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK), LPP berkolaborasi bersama BNM bagi mengeluarkan syiling khas sempena 50 tahun LPP yang disambut Februari lalu.

“Duit syiling ini telah dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan ia boleh dibeli melalui BNM pada awal Disember depan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Syiling Peringatan LPP50 sempena HPPNK di Bulatan Sultan Azlan Shah di sini hari ini.

Menurut beliau, pengeluaran khas duit syiling tersebut sebagai mengenang jasa peladang, penternak dan nelayan yang telah bertungkus lumus membangunkan sektor pertanian negara.

“Di negara ini, kita ada lebih kurang 900,000 orang yang mendaftar sebagai LPP. Jadi, bagi mereka yang telah menjadi ahli berpuluh tahun, ini adalah kenangan yang boleh mereka simpan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI