fbpx

[VIDEO] Mimpi dirogol angkara jin peliharaan bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang wanita menjalani rawatan Islam.

PETALING JAYA – Seorang wanita menderita sakit misteri iaitu bengkak kaki sejak bertahun lamanya selain sering bermimpi dirogol oleh bapanya sendiri, akibat jin peliharaan lelaki tersebut.

Kisah derita wanita itu yang berasal dari Singapura diceritakan seorang perawat Islam wanita menerusi TikTok Nurul Aura Arsyifa Almustaqim berhubung keadaan pesakit tersebut.

“Jin peliharaan bapa makan diri. Bertahun-tahun derita sakit misteri sampai dia tak boleh bergerak kerana kakinya membengkak menjadi luar biasa.

“Hampir setiap hari dia bermimpi bapanya merogolnya. Tidurnya terganggu, badannya penuh lebam,” katanya menerusi video dimuat naik pada media sosial.

Dia berkata, bukan sahaja bapa wanita itu mengamalkan ilmu memuja syaitan, bahkan ibu saudaranya juga terlibat sama.

“Ibu saudara yang menjaganya dari kecil pun sama, masing-masing hendak nampak hebat bersaing menguasai bumi Singapura ini.

“Allahuakbar bila diri tamak, manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai apa sahaja dihajatinya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

@nurularsyifaalmustaqim Temui saya di program utagha pada minggu ini. Dapatkan temujanji awal untuk iktiar rawatan. #ilmuhitam #ganguanmakhlukhalus #rawatanpelbagaipenyakit #sihir #khurafat #iktiarhamil #arsyifa #arsyifaalmustakim #rawatanarsyifarompin #perawatwanita #perawatarsyifaalmustaqim #perawatwanitaarsyifa #alorsetar #pulaupinang #kuantan #pasirgudangjohor #singapore #fyp #videoviral #tiktokviral ♬ Relaku Mengalah – Rheka Restu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI