fbpx

Bajet Selangor: Penjawat awam dapat bantuan khas 2 bulan setengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024, hari ini

SHAH ALAM – Kerajaan negeri mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2023 sebanyak dua bulan setengah kepada semua penjawat awam negeri ini termasuk anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang mana gaji dibayar kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, BKK kali pertama sebulan gaji minimum RM1,000 dilaksanakan pada Aidilfitri lalu.

Insentif sebulan lagi gaji minimum RM1,000 pula akan dibayar pada 28 Disember ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM40.03 juta.

“BKK kali ketiga iaitu sebanyak setengah bulan gaji minimum RM1,000 akan dibayar pada Februari tahun depan

“Pemberian ini diharap dapat meringankan beban penjawat awam bagi persiapan sesi persekolahan 2024 yang dijangka bermula Mac tahun depan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024, hari ini.

Jelas beliau, pemberian BKK akan dilaksanakan berdasarkan pekeliling yang akan dikeluarkan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM). – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI