fbpx

Bajet Selangor: Baki hutang RM19.2 juta kerajaan Persekutuan dilunaskan tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (empat kanan) bersama Exco Selangor menunjukkan dokumen Belanjawan Selangor 2024, hari ini

SHAH ALAM – Kerajaan negeri dijangka melunaskan sepenuhnya hutang kepada kerajaan Persekutuan pada tahun hadapan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, rekod terkini mendapati baki hutang kerajaan negeri adalah RM19,207,475.78 terdiri daripada pinjaman Projek Bekalan Air dan Skim Amanah Saham Selangor (ASAS).

Menurut beliau, komitmen penyelesaian liabiliti hutang oleh kerajaan negeri pada tahun depan juga rendah hanya melibatkan penyelesaian baki ansuran akhir Skim ASAS berjumlah RM1,893,379.47.

“Manakala baki pinjaman Projek Bekalan Air sebanyak RM17,314,096.31 secara jelas termaktub dalam Perjanjian Penyelesaian Global berkenaan penstrukturan industri air Selangor akan dipindahkan kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

“Ini hanya memerlukan tindakan urusan dokumentasi yang mana sedang dalam tindakan PAAB untuk diselesaikan sepenuhnya,” katanya pada pembentangan Belanjawan Selangor 2024, di sini hari ini.

Jelas beliau, menerusi kelebihan kebebasan kewangan ini secara langsung kerajaan berjaya membuktikan tata kelola terbaik dalam menguruskan sumber kewangan tanpa menjejaskan ketangkasan perkhidmatan dalam meningkatkan darjat hidup rakyat negeri melalui Belanjawan Negeri 2024.

Kata Amirudin, hasil negeri mencapai kutipan sebanyak RM2.405 bilion bersamaan dengan 120 peratus daripada anggaran hasil tahun 2023 sebanyak 2 bilion sehingga semalam.

“Bagi tempoh sama, jumlah agregat terkumpul Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri terus kukuh dan stabil apabila merekodkan sebanyak RM631.48 juta kepada RM3.71 billion.

“Ini terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan berjumlah RM1.49 bilion dan Akaun Amanah Disatukan berjumlah RM2.21 bilion,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, prestasi kewangan sehingga tempoh juga telah merekodkan lebihan kewangan sebanyak RM427.25 juta. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI