fbpx

Pengunjung kawasan peranginan di Kedah perlu peka tanda kepala air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Muaz (kanan) meninjau paras Sungai Kedah di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Orang ramai yang berkunjung ke kawasan peranginan di negeri ini terutama di lokasi ‘hotspot’ kepala air dan banjir diminta peka dengan keadaan cuaca bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata, kawasan sungai dan air terjun dijangka menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah sempena cuti sambutan Deepavali, hujung minggu ini.

“Perlu peka dengan tanda-tanda kepala air seperti air bertukar keruh dan mengalir laju dengan disertai ranting kayu serta daun kering, deruan air deras dari atas gunung atau bukit, awan bertukar gelap di atas gunung atau bukit, air sungai berbuih dan gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti besar.

“Pihak pengusaha tapak perkhemahan juga perlu sentiasa bersedia memberikan amaran kepada pengunjung. Selain itu, terdapat juga kejadian kepala air di bukan lokasi hotspot seperti di Sungai Sintok, Bukit Kachi baru-baru,” katanya pada sidang akhbar di tepi Sungai Kedah, di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan terdapat sebanyak 39 ‘hotspot’ kepala air di Kedah antaranya Lata Celak, Iboi, Lata Bayu, Kuala Kedua, Lata Bukit Hijau, Teratak Simpul, Air Panas Ulu Legong dan Lubuk Badak di Baling serta Titi Hayun, Air Terjun Seri Perigi, Air Terjun Batu Hampar, Taman Rekreasi Sungai Badak, Sungai Bukit Kuari dan Kem Rekreasi Puteri Mandi di Yan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI