fbpx

Harap Syed Saddiq berubah jadi insan lebih baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq ketika hadir di Mahkamah Tinggi, hari ini. Foto AMIR KHALID/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin yang mengetuai pendakwaan bagi kes Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berharap keputusan hari ini menjadi amaran kepada ahli politik lain agar tidak mengkhianati amanah rakyat.

“Kami doakan tertuduh (Syed Saddiq) berubah menjadi manusia yang lebih baik selepas menjalani hukuman dan boleh berbakti semula kepada masyarakat,” katanya.

Terdahulu Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta ke atas Syed Saddiq selepas beliau didapati bersalah atas empat pertuduhan tersebut.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan bagi kesalahan bersubahat melakukan pecah amanah, dua tahun penjara dan satu sebatan bagi pertuduhan salah guna harta manakala bagi dua kesalahan pengubahan wang haram masing-masing dipenjara dua tahun dan denda RM5 juta.

Jika gagal membayar denda, Syed Saddiq, 30, boleh dipenjara empat tahun.

Selepas keputusan itu, Syed Saddiq yang hadir di mahkamah memakai sut berwarna hitam kelihatan tenang dan sempat menenangkan ibu serta bapanya yang menangis. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI