fbpx

Wanita terseret, beg dalam bakul motosikal cuba diragut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Anisah cedera pada muka dan kepala dalam kejadian cubaan ragut di Jalan Angsana Sari, Sungai Petani hari ini.

SUNGAI PETANI – Seorang wanita cedera di muka dan kepala akibat terjatuh motosikal dalam kejadian cubaan ragut di Jalan Angsana Sari, di sini hari ini.

Suami mangsa, Muhammad Asri Zon, 32, berkata, ketika kejadian pada pukul 9.10 pagi itu, isterinya, Nur Anisah Abdullah, 32, dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah syarikat perabot di Sungai Lalang, dekat sini.

“Saya menerima panggilan memaklumkan kejadian itu ketika berada di rumah. Saya bergegas ke hospital dan isteri memaklumkan dua lelaki cuba meragut beg tangannya yang diletakkan dalam bakul motosikal.

“Isteri beritahu dia tidak sedap hati mendapati sebuah motosikal dinaiki dua lelaki mengekorinya sejak keluar dari Taman Keladi. Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal itu menghampirinya dan pembonceng cuba mengambil beg tangan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Muhammad Asri berkata, penjenayah terbabit menarik kuat beg kerana talinya tersangkut pada pemegang motosikal menyebabkan isterinya terjatuh dan terseret sejauh hampir 50 meter.

Nasib menyebelahi isterinya apabila kejadian tersebut disedari seorang pemandu kereta yang berhenti dan memberi pertolongan menyebabkan peragut melarikan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan memberitahu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI