fbpx

Gabungan gaya, keselesaan dan teknologi inovatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seseorang itu tampil lebih yakin dengan kasut yang bersesuaian.

PEMILIHAN kasut yang selesa dan direka khusus untuk sesuatu aktiviti adalah cukup penting bagi memastikan pergerakan harian kita tidak terbatas.

Sebagai contoh, kasut sukan yang selesa perlulah mempunyai ciri yang mampu menampung berat badan pemakai serta mengurangkan rasa sakit atau tekanan ketika berlari.

Sepatu masa kini tampil dengan pelbagai teknologi dan banyak jenama di pasaran mengetengahkan teknologi inovatif baharu kasut sama ada kasut kasual atau kasut sukan.

Adidas misalnya sebelum ini pernah menampilkan teknologi Sole Boost yang membentuk kapsul penjimatan tenaga yang mana seseorang atlet itu boleh mencapai ‘tenaga maksimum’ semasa berjalan.

Nike pula tampil dengan teknologi Flyknit Top Weave dan Shox. Shox membolehkan kasut mempunyai spring inovatif menjadikannya seolah-olah kusyen yang memberikan keselesaan.

Sneaker (sniker) Reebok pula dengan teknologi suntikan udaranya yang direka untuk ‘pendaratan’ kasut yang mudah.

Seperti butang lembut pada bahagian atas kasut, udara dipam dan mengisi saluran di tempat yang betul sekali gus memberikan keselesaan.

Bagi label kasut GEOX, ciri keselesaan dan inovasi turut menjadi tumpuan apabila memperkenalkan koleksi Musim Luruh-Sejuk 2023/2024 baru-baru ini.

Pengasasnya, Mario Moretti Polegato berkata, koleksinya mempamerkan kasut lelaki dan wanita yang menyatukan gaya serta keselesaan.

Kasut menjadi pernyataan gaya yang ampuh bagi individu.

“Pilihan kasut lelaki dan wanita bagi koleksi musim luruh kali ini adalah daripada gabungan gaya, keselesaan dan juga teknologi yang inovatif.

“Koleksi kasut lelaki misalnya menampilkan rekaan baharu dengan nilai estetika klasik yang dihasilkan daripada bahan-bahan premium, berinovatif dan mesra alam yang kemudiannya digabungkan dengan teknologi kalis air dan thermo-regulation bagi membolehkan kaki ‘bernafas’,” katanya.

Kasut sniker Cupsole pula didatangkan dengan pelbagai gaya termasuk tali kasut yang lebih elastik serta tapak bahagian luar yang lebih tebal.

Bagi salah satu rekaan ikonik GEOX iaitu kasut Fluctis, ia menampilkan tapak kasut jenis cupsoles daripada rona biru atau hijau tentera, manakala tapak luarnya pula kalis air, sesuai buat gaya hidup aktif.

Tambah Polegato, bagi seleksi kasut but untuk lelaki pula, but Chelsea daripada koleksi itu menampilkan rekaan yang sesuai buat acara formal.

“But paras buku lali ini memiliki gaya atau estetika klasik, namun ia mempunyai keselesaan sebagai kasut sniker,” jelasnya.

Pelakon jelita yang juga merupakan pemenang Oscar, Penélope Cruz dilantik sebagai duta sulung GEOX.

Polegato berkata, pelakon kelahiran Sepanyol itu merupakan individu ideal untuk mewakili jenama itu.

“Cruz pasti membawa jenama itu ke mata dunia memandangkan dia memiliki kecantikan dan kesejahteraan hidup yang merentasi evolusi yang sejajar dengan reka bentuk produk kami,” katanya.

Cruz dilantik sebagai duta sulung bagi jenama GEOX

Cruz akan membantu keberkesanan kempen GEOX yang terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa pertama adalah selari dengan pelancaran koleksi women’s Autumn-Winter 2023/2024, manakala fasa kedua lebih tertumpu pada koleksi Spring-Summer 2024.

Sementara itu, ASICS baru-baru ini melancarkan kasut GEL – KAYANO 30 sempena ulang tahun ke-30 kasut siri berkenaan.

Menurut duta ASICS Malaysia, Hariz Hamdan, keistimewaan kasut GEL – KAYANO 30 sememangnya terletak pada teknologinya yang direka khas buat mereka yang mempunyai lengkungan kaki agak rata.

“Menggunakan teknologi sistem 4D, kasut ini memberi kestabilan dan keseimbangan optimum buat pemakainya terutama mereka yang memiliki masalah kaki rata.

“Bukan hanya untuk larian, kasut ini juga amat sesuai digunakan untuk bersenam di luar atau di dalam gimnasium,” ujar Hariz.

Hariz yang mewakili Malaysia bersama duta ASICS dari seluruh Asia Tenggara telah merasai pengalaman memakai kasut berkenaan menerusi beberapa siri senaman diaturkan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI