fbpx

Ahli Parlimen Gua Musang daripada PN umum sokong Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azizi (kiri) ketika menziarahi penduduk di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang untuk menyelesaikan masalah pemilikan tanah Ogos lalu.

KOTA BHARU – Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd. Azizi Abu Naim daripada gabungan Perikatan Nasional (PN) mengumumkan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sokongan itu dinyatakan oleh Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Gua Musang menerusi satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman sosial rasminya sebentar tadi.

Mohd. Azizi berkata, keputusan itu bertujuan untuk memastikan kebajikan penduduk di Parlimen Gua Musang akan terbela dan terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur.

Menurutnya, perkara tersebut yang dipohon untuk dilaksanakan di Parlimen Gua Musang dalam tempoh penggal perkhidmatan beliau di kawasan tersebut.

“Saya juga ingin menyatakan sokongan kepada inisiatif-inisiatif kerajaan mengutamakan kebajikan rakyat negara ini sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Sejujurnya, saya tidak berniat untuk keluar atau mengkhianati Bersatu. Demi memastikan Parlimen Gua Musang seiring dengan pemerintahan persekutuan, adalah wajar untuk saya bersama dalam saf kepimpinan Putrajaya yang diketuai Anwar.

“Buat masyarakat Gua Musang yang sangat saya kasihi, marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah SWT sentiasa memberkati bumi bertuah Gua Musang dan kita semua mendapat limpahan pembangunan seperti diharapkan,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu, Mohd. Azizi yang bertanding atas tiket Pas berjaya menumbangkan penyandang kerusi Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li daripada Barisan Nasional (BN)

Mohd. Azizi menang dengan majoriti sebanyak 163 undi di kawasan yang dipegang oleh Ku Li selama 10 penggal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI