fbpx

Sekolah PPS: Sesi pembelajaran berjalan seperti biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (gambar kecil) memaklumkan sesi PdP di lebih 5,000 sekolah yang dijadikan PPS akan berjalan seperti biasa. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di semua sekolah yang dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akan berjalan seperti biasa.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, meskipun sebahagian ruang sekolah tersebut dijadikan kawasan penempatan untuk mangsa banjir, namun ia tidak akan mengganggu proses PdP.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Kesiapsiagaan Menghadapi Monsun Timur Laut 2023/2024 di Sekolah Kebangsaan Taman Dato’ Harun 2, di sini hari ini.

Terdahulu, Fadhlina memberitahu lebih 5,000 sekolah telah berdaftar sebagai PPS bagi persiapan menghadapi musim tengkujuh dalam peralihan Monsun Timur Laut (MTL) hujung tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI