fbpx

Ghairah mahu jadi kaya, 4 pelabur rugi RM2.28 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Kerana ghairah mahu jadi cepat kaya, seramai empat individu kerugian kira-kira RM2,283,104.80 selepas terjerat dalam sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang menjanjikan pulangan berlipat kali ganda.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya laporan berhubung penipuan itu bermula 1 hingga semalam membabitkan individu berusia antara 21 hingga 65 tahun.

Menurutnya, sindiket terbabit menawarkan khidmat bisnes pelaburan menerusi media sosial dengan menyakinkan mangsa akan mendapat pulangan modal serta keuntungan yang lumayan.

“Mangsa juga tertarik dengan pelaburan yang ditawarkan seperti benar-benar wujud selepas sindiket mengadakan perjumpaan menerusi dalam talian menggunakan aplikasi zoom.

“Kerana yakin dengan helah dan taktik tersebut, tiga pelabur memasukkan wang modal berjumlah RM1,983,731.40 kepada sindiket menerusi aplikasi Huobi dan urusan pelaburan dilakukan ‘upline’ mereka.

“Mangsa menyedari ditipu selepas gagal mengeluarkan keuntungan yang diperolehi berikutan syarikat yang menganjurkan pelaburan itu gagal dihubungi,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, dalam kejadian berasingan, seorang wanita kerugian kira-kira RM299,373.40 apabila terpedaya dengan pelaburan mata wang Kripto Yomaex.

Ujarnya, mangsa tertarik dengan tawaran itu yang diiklankan di laman sosial dengan keuntungan yang singkat.

Katanya, kerana percaya keuntungan akan dikreditkan antara 21 Julai sehingga 1 September lalu, mangsa telah memindahkan wang dengan jumlah tersebut ke beberapa akaun sindiket.

“Mangsa menyedari telah ditipu setelah usahanya mengeluarkan wang keuntungan biarpun telah memasukkan wang itu kononya sebagai pengesahan keuntungan dan kadar tukaran mata wang,”katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh lima hari bermula 1 sehingga semalam, Polis Johor menerima 13 laporan membabitkan kes penipuan melibatkan kerugian RM3,305,247.80.

Polis Johor menasihatkan orang ramai agar berwaspada dengan pelaburan yang menawarkan janji manis serta keuntungan dalam masa yang singkat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI