fbpx

5,063 sekolah jadi PPS hadapi banjir hujung tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (tiga kiri) memakaikan jaket keselamatan kepada sukarelawan KPM, Dr. Nurhasni Mohd. Noor (kanan) pada majlis pelancaran kesiapsiagaan menghadapi MTL 2023/2024 di Sekolah Kebangsaan Taman Datuk Harun 2, Petaling Jaya, hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

PETALING JAYA – Sebanyak 5,063 sekolah telah siap berdaftar sebagai pusat pemindahan banjir (PPS) bagi persiapan menghadapi musim tengkujuh dalam peralihan Monsun Timur Laut (MTL) hujung tahun ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ia termasuklah kira-kira lapan buah sekolah yang akan dijadikan sebagai PPS kekal.

Katanya, Kementerian Pendidikan (KPM) bersama semua agensi terlibat telah menggerakkan jawatankuasa bagi menghadapi MTL.

“Kami telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana di semua peringkat KPM melibatkan agensi pengurus bencana seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“KPM turut telah mengeluarkan surat peringatan berhubung kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir di institut pendidikan (KPM) bertarikh 10 Oktober 2023 serta menubuhkan Jawatankuasa Task Force Bencana Banjir MTL peringkat KPM bagi membincangkan tindakan berkaitan banjir.

“Pengaktifan Bilik Gerakan Bencana untuk melaporkan status institusi pendidikan banjir, PPS institusi pendidikan yang dibuka dan bilangan mangsa warga KPM yang ditempatkan di PPS,” katanya sewaktu berucap pada Maljlis Pelancaran Kesiapsiagaan Menghadapi Monsun Timur Laut 2023/2024 di Sekolah Kebangsaan Taman Dato’ Harun 2 di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, sama ada bilik gerakan tersebut beroperasi secara fizikal atau dalam talian ia adalah bergantung kepada keadaan dan keperluan semasa.

Selain itu, Fadhilna memberitahu, pihaknya turut memperkasakan pasukan pengurus bencana peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang berfungsi membantu menyalurkan maklumat dan data berkaitan banjir dalam negeri masing-masing.

“Sebagai persediaan hadapi MTL, KPM telah membina dan melatih pasukan sukarelawan pada pelbagai peringkat termasuklah guru dan seluruh warga KPM yang berdaftar sebagai ahli Persatuan Sukan dan Kebudayaan KPM, Guru Insani Malaysia, pelajar Institut Pendidikan Guru dan pelajar Tingkatan 6 (sukarelawan MADANI).

“Task force menghadapi banjir peringkat KPM telah pun dimulakan dan dashboard berkaitan info bencana banjir KPM juga telah tersedia untuk memberi maklumat terkini kepada orang ramai,” jelasnya.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata, bagi sekolah yang terksesan dengan banjir akan menerima segera bantuan seperti meja dan kerusi plastik serta beberapa alat kemudahan lain selain kerja-kerja pemindahan aset sekolah ke tempat lebih selamat.

Beliau juga memberi penekanan agar sekolah-sekolah PPS ini diberi tumpuan lebih dalam proses naik taraf kemudahan sebagai persediaan menghadapi banjir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI