fbpx

Zelenskyy ‘merajuk’, dakwa perang Ukraine sudah tidak dihirau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Von der leyen (kiri) dan Zelensky menghadiri sidang akhbar selepas mesyuarat mereka di Kiev semalam. - AFP

KIEV – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menyatakan bahawa peperangan di Gaza telah mengalihkan tumpuan dunia daripada konflik Russia dan Ukraine, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).

Zelenskyy mendakwa, ia merupakan salah satu matlamat Moscow selepas askar Russia melancarkan pencerobohan ke atas Ukraine pada Februari 2022.

Bagaimanapun, beliau menafikan bahawa perjuangan di Ukraine telah mencapai jalan buntu seperti penilaian yang dilakukan baru-baru ini oleh seorang jeneral tentera tertinggi negara itu. 

Ketua komander tentera Ukraine, Valery Zaluzhny sebelum ini berkata, serangan balas Kiev di selatan negara itu setakat ini tidak mencapai kemajuan. 

Menurut Zaluzhny, perang kini bergerak di kedudukan atau peringkat statik dan ia akan menguntungkan Moscow kerana membolehkan Kremlin membina semula kuasa tenteranya.

Perkara itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan sekutu-sekutu Barat dengan beberapa pihak mencadangkan supaya mereka tidak meneruskan penghantaran senjata dan dana kepada Ukraine.

Dalam satu taklimat ketika melawat Zelenskyy semalam, Presiden Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU), Ursula von der Leyen berkata: “Jelas bahawa perang di Asia Barat menghilangkan tumpuan di Ukraine.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI