fbpx

[VIDEO] Hobi unik kumpul plastik pembungkus makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian di Facebook.

PETALING JAYA – Setiap orang mempunyai hobi begitu juga seorang kanak-kanak yang sangat kreatif apabila mengumpul bungkusan makanan plastik di dalam sebuah buku.

Hobi unik kanak-kanak itu dikongsi seorang pengguna Facebook iaitu Wa Fans yang menyaksikan dua buku nota sekolah yang telah diubah menjadi tempat pengumpulan plastik pembungkus makanan.

Keunikan hobi ini telah mencuri perhatian netizen, yang memberikan reaksi positif terhadap kekreatifan kanak-kanak ini.

“Anak ini sangat menghargai makanan yang ibu ayahnya belikan. Dia sayang nak buang walaupun hanya plastik pembungkus makanan,” komen Finie Ismail.

“Bagus cara adik buat macam ini, simpan sampai tua. Berpuluh tahun akan datang memang susah nak cari jajan macam ini lagi,” tambah Soo Hada.

Izzigoki berkata bahawa kanak-kanak ini mempunyai potensi untuk menjadi ‘packaging designer’ satu hari nanti.

“Boleh dijadikan sebagai motivasi untuk dia memiliki jenama sendiri suatu hari nanti,” jelasnya.

Hantaran tersebut telah mendapat sebanyak 261,000 tontonan, 1,100 perkongsian, 5,800 tanda suka dan 704 komen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI